Wednesday 7 February 2018

BANYAK PELUANG KERJA DI KAMPUNG

Peluang pekerjaan terbuka luas asal tidak memilih. Tinggal di kampung sebenarnya peluang untuk melakukan kerja dalam bidang pertanian dan penternakan. Kawasan di kampung masih luas dan sesuai untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Anak kampung atau anak peneroka tidak perlu meninggalkan kampung untuk mencari kerja di bandar. Lainlah jika berstatus profesional yang mana peluang itu hanya di bandar besar.

Kerja bertani dan berternak memberi pulangan besar jika dilakukan dengan skala besar. Kalau bertanam sekadar dua tiga baris batas dan menternak seekor lembu memanglah tidak boleh kaya.

Cuba buat dalam skala besar. Bertanam sehingga beberapa ekar. Ternak lembu satu kandang sampai berpuluh dan mungkin beratus ekor. Tentu dapat pulangan untung yang besar.

Soal modal, ada pihak tertentu menyediakan bantuan dan khidmat nasihat. Soal kawasan atau tapak, tentu tidak timbul masalah bagi keluarga ada tanah yang luas.

Bagi yang tiada kawasan sendiri, boleh disewa atau dipajak dengan penduduk kampung. Kadar sewa tidak mahal kerana banyak kawasan tidak diusahakan atau dibiarkan terbiar. Kalau kena gaya boleh guna tanpa bayaran atau token sahaja.

Kata orang, berbudi kepada tanah besar untungnya. Jom bertani dan berternak. Ingat, bertani dan bertenak bukan kerja hina. Bertani dan berternak adalah perniagaan. Untung dan laba yang besar jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment