Friday, 16 February 2018

EMPANGAN TEMENGGOR MEMBENTUK PULAU BANDING

Empangan Temenggor adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di GerikPerak. Empangan Temenggor pada awal pembinaanya adalah empangan atau tasik buatan terbesar di Malaysia. Namun kini, Tasik Kenyir di Terengganu dan Empangan Baku di Sarawak mengatasi keluasan Empangan Temenggor.

Pembinaan Empangan Temenggor menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Temenggor. Pulau di tengah-tengah tasik ini dikenali sebagai Pulau Banding. Namun di kalangan masyarakat umum mengenali kawasan sekitar Pulau Banding dengan nama Tasik Banding, sedangkan nama sebenar ia menjadi sebahagian kawasan Tasik Temenggor.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar. Dipercayai tasik yang terhasil akibat empangan ini menenggelamkan binaan kerajaan Melayu purba yang berada di hutan Belum sejak beribu-ribu tahun lalu.  

Sebuah kem tentera dibina di kawasan Pulau Banding bagi menjaga keselamatan kerja-kerja pembinaan Empangan Temenggor yang ketika itu kegiatan komunis masih mnguasai kawasan itu. Kem tersebut masih beroperasi untuk 'menguasai' kawasan tersebut dari sebarang bentuk ancaman. 

Selain digunakan menjana kuasa elektrik, empangan itu berfungsi untuk membekalkan air untuk penduduk Perak. Satu lagi fungsi yang dipacu atau dimangaatkan hasil terbentuknya Empangan Temenggor ialah eko-pelancongan dan perikanan darat. 

Jabatan Perikanan Perak telah ditugaskan untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor. Tasik Temenggor dibahagikan kepada Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersial. Zon Pemuliharaan merangkumi bahagian utara Tasik Temenggor iaitru Sungai Kejar, Sungai Tiang dan Sungai Gadong.

Tasik Temenggor juga ada sebahagian lokasi sebagai pembiakan dan ternakan ikan air tawar.

No comments:

Post a Comment