Saturday 9 November 2019

Bawa anjing dekati perarakan Maulidul Rasul


Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M Peringkat Negeri Melaka 'tercemar' apabila berlaku 'provokasi' terdapat seorang lelaki membawa anjing mendekati perarakan yang disertai kira-kira 5,100 perserta mewakili 93 kontinjen daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, perarakan tersebut tidak terganggu dan berlangsung dalam keadaan tenang tanpa sebarang masalah.

Keadaan itu berlaku mungkin salah faham atau kejahilan lelaki berkenaan tentang sensitiviti umat Islam berkaitan anjing.

Tular di media sosial gambar anggota polis trafik yang melarang seorang lelaki membawa seekor anjing daripada mendekati peserta perarakan tersebut.

Tahniah kepada anggota polis yang melakukan tindakan tepat dan bijak itu.

No comments:

Post a Comment