Friday 20 December 2019

BARAT ANGGAP ISLAM SATU ANCAMAN PUNCA ISLAM FOBIA


Di negara-negara Barat, penghijrahan umat Islam, khususnya dari negara-negara Afrika Utara, Pakistan dan Bangladesh, dilihat sebagai ancaman kepada penduduk tempatan.

Peningkatan penghijrah bukan saja menambah bilangan nyata semasa, tetapi menyumbang penambahan bilangan melalui kelahiran. 

Kadar purata kelahiran bayi atau kesuburan pada 2007 bagi Kesatuan Eropah ialah 1.38% berbanding kadar kelahiran bagi keluarga muslim yang amat tinggi, iaitu 8.1%. 

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh individu yang mendakwa sebagai Friend of Muslim (FoM), bahawa 50 peratus daripada bayi yang dilahirkan di Belanda merupakan muslim dan dalam tempoh 15 tahun, sebahagian penduduk negara itu merupakan umat Islam.

Manakala di Perancis, pada 2027, satu daripada lima rakyatnya ialah Islam dan dalam tempoh 39 tahun, negara tersebut akan menjadi sebuah negara Islam.

Keadaan tersebut memberi tekanan emosi kepada masyarakat Eropah yang secara tindakbalasnya membuat sesuatu provokasi untuk menggambarkan umat Islam sebagai tidak baik.

Itu belum lagi beberapa masalah yang disebabkan oleh pendatang Islam di negara mereka seperti perebutan peluang pekerjaan, tempat tinggal dan isu sosial.

No comments:

Post a Comment