Thursday 20 February 2020

LAGUNA SETIU WETLAND KHAZANAH ALAM

Pelancongan berasaskan alam semula jadi memang mendapat sambutan. Biarpun manusia semakin maju, mereka masih ingin kepada alam semula jadi. Kembali kepada asal dan mengenal kehidupan masyarakat dahulu.

Salah satu kawasan pelancongn alam semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna ialah Laguna Setiu. Kawasan Laguna Setiu adalah antara kawasan yang kaya dengan tanah becah atau ' wetland' dan amat cantik di mana persekitaran dan kawasannya masih belum tercemar.

Dengan keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 kilometer, ia kaya dengan khazanah alam semula jadi iaitu daripada hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah, spesis ikan marin, burung-burung, kerang-kerangan dan sebagainya.

Daya tarikan utama di sini ialah ianya dikelilingi dua persekitaran yang cantik amat memukau iaitu hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang cantik serta mendamaikan. Laguna Setiu adalah antara lagun yang tercantik di Malaysia.

Di sekelilingnya adalah kawasan wetland yang kaya dengan pelbagai hidupan yang amat menarik untuk diterokai. ia amat kaya dengan pelbagai jenis ikan marin, burung-burung, krustasia, ketam, tiram dan lain-lain hidupan.

Apa yang paling istimewa ialah terdapat dua spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. Ia adalah spesis tuntung yang hanya terdapat di Laguna Setiu. Di sini juga merupakan kawasan pemuliharaan tuntung yang telah dijalankan oleh WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.

Pengunjung berpeluang untuk mengenali alam semula jadi dan hidupannya dengan meneroka kawasan yang berkenan. Antara kemudahan yang disediakan untuk meneroka kawasan yang menarik ialah Setiu Boardwalk. 

Boardwalk sepanjang 500 meter menuju ke sungai. Sepanjang lalu akan dihidangkan keindahan paya bakau yang terjaga kebersihannya. Di hujungnya ada kawasan rehat yang dilengkapi tempat duduk dan meja.

Menaiki bot adalah salah satu cara untuk meneroka lebih jauh ke kawasan berkenaan yang tidak boleh dilalui melalui jalan raya atau untuk mengalami pengalaman menyurusi sungai. 

Pengunjung akan dibawa ke tempat yang banyak terdapat pokok herba sarang semut, tempat berus mata buaya, mencari kepah dan melihat aktiviti penternakan ikan dalam sangkar.

Satu tempat yang tidak kurang menarik juga ialah Wetlands Savannah di Pengkalan Gelap. Pemandangan amat cantik. Lanskap dan rumputnya ala- ala di Afrika.

Ketika banyak pembuatan telah menggunakan teknologi moden, satu perusahan yang unik di Pantai Telaga Papan ialah membuat bot nelayan secara tradisional. Ukuran bot atau kapal nelayan dikira bersaiz mega.

Unsur menarik lain yang terdapat di Laguna Setiu ialah Terapung Haritage Village, Pantai Mangkuk, Rumah Botol dan Pantai Penarik dan Pantai Rhu Sepuluh.

No comments:

Post a Comment