Penggunaan wang kertas penuh penpuan. Pada 1944,
diadakan perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah negara yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Dengan itu, negara-negara
dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada rizab emas seperti sebelumnya.
Setahun selepas Dolar Amerika mendapat
‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan.
Pada
1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara
Perang Vietnam dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan.
Tuntutan
rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion
sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga.
Keyakinan terhadap Dolar
Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika
Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas
mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai
Dolar Amerika.
Namun
Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas.
Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak
secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas
15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai
dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang
asing.
Kesannya, semua
matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang
yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang
kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.
Kalau ada pun, ia dalam
jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF.
Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Sekarang,
‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula
mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai
nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas dan perak).
Nilai
yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang
mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya
bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.
Ia
hanyalah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti
menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit
Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah
diperlakukan dengan nilai….”.

Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
ReplyDeletecloud service provider
data backup
data protection service malaysia