Wednesday, 30 June 2021

AMALAN DISURUH AGAMA BERTUJUAN KEBAIKAN

Setiap apa yang disuruh oleh syariat adalah bertujuan memberi kebaikan, sedangkan larangan adalah untuk mengelak berlaku perkara buruk atau merugikan. 

Allah menjelaskan bahawa manusia dicipta dalam keadan sebaik-baik kejadian. 

Firman Allah dalam surah at-Tin, ayat 4 bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian."

Pun begitu harus disedari, terdapat banyak kelemahah dan keterbatasan yang wujud pada diri manunsia. Justeru itu, manusia perlukan syariah untuk menampung atau memperbaiki kelemahan dan keterbatasan itu.

Setiap apa yang dilakukan manusia akan diberi pembalasan setimpal di akhirat kelak sama ada baik atau buruk. Pembalasan syurga atau neraka adalah satu motivasi untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan keburukan. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang mampu menundukkan nafsunya, maka syurgalah tempatnya. Sebaliknya, sesiapa yang menuruti hawa nafsunya, maka nerakalah tempat kembalinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment