Friday, 16 July 2021

KAMBING ANGLO NUBIAN


Baka kambing yang semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan penternak kambing di Malaysia ialah anglo nubian. Baka kambing ini berasal dari Eropah.

Ciri kambing baka anglo nubian ialah mempunyai badan yang panjang dan langsing.
Leher juga nipis dan panjang. Kaki cukup panjang dan selari dengan badan.

Ciri khas kambing baka anglo nubian dapat dibezakan daripada yang lain pada pandangan pertama adalah telinganya yang lebar dan panjang, tergantung bahkan di bawah moncong beberapa sentimeter.

Bulunya halus, pendek dan berkilat dan terdapat dalam pelbagai warna coklat, hitam dan putih.

Memandangkan baka anglo nubian agak terhad di Malaysia, kebanyakan penternak lebih menumpukan kepada proses pembakaan, termasuk melakukan kacukan dengan baka-baka lain.

Antara silang baka ialah kambing anglo nubian dengan jamnapari yang dikenali jamglo.

No comments:

Post a Comment