Monday 6 September 2021

KHASIAT HALBA MERAWAT MATI PUCUK

 
Manfaat kebaikan khasiat herba halba atau fenugreek telah digunakan untuk kesihatan sejak zaman kuno. Kegunaan halba antara lain mengaktifkan organ pembiakan. Amalan tabib China menggunakan halba merawat mati pucuk dan meningkatkan kesuburan lelaki. 

Halba antara ubatan herba tertua di dunia dan telah digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Ia telah digunakan ribuan tahun dahulu dan masih sesuai untuk digunakan pada masa sekarang. 

Manakala dalam perubatan tradisional India, halba sering menjadi bahan utama dalam perubatan dan menjaga kesihatan. Tradisi menggunakan halba untuk tujuan perubatan terus diamalkan masyarakat di India. 

Halba sering ditambah dalam masakan untuk memberi aroma enak dan kelainan rasa. Halba  digunakan dalam nasi dagang, putu halba, kuih biji nangka dan menu lain. Ada juga dimasukkan ke dalam nasi lemak dan nasi putih biasa untuk membangkitkan aroma halba pada nasi. 

Untuk memaksimakan penggunaan halba bagi tujuan perubatan, ia boleh dijadikan sebagai teh, yakni halba dipanaskan di dalam air dan diminum. Minum air rebusan halba dan biji halba yang telah lembut itu.

Halba juga boleh dimakan 'mentah' atau dimakan terus, tetapi sedikit keras. Halba juga boleh digoreng tanpa minyak dan disimpan untuk digunakan sedikit-sedikit dengan dicampur air panas.

Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari atau pada masa-masa lain. Harga halba dikira agak murah dan mudah disimpan. Boleh digunakan untuk pelbagai menu masakan dan dijadikan perisa minuman.

Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium. 

Antara manfaat mengamalkan halba ialah:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Mengelak kegemukan
- Mengurangkan berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul
- Meningkatkan nafsu seksual.
- Tingkat daya kecerdasan otak.
- Tingkat daya kercergasan fizikal.
- Menambah susu badan ibu.
- Menguatkan tulang
- Menurunkan kolestrol.

Cara pengambilan:

Teh halba:
- Dua sudu besar halba.
- Direndam dalam air panas.
- Minum air rendaman (teh halba) itu apabila sejuk.
- Boleh diulang tambah air sehingga tawar.
- Makan halba apabila telah lembut.
- Boleh juga direbus sehingga lembut dan boleh terus makan halba bersama airnya.

Masukkan dalam masakan atau nasi.
- Kuantiti bergantung kepada citarasa.

Serbuk halba.
- Bacuh dalam air suam dan terus minum. 

Dapatkan halba secara dalam talian. Cepat mudah murah. Klik pautan di bawah

No comments:

Post a Comment