Monday, 6 September 2021

BAHAN MEMBUAT LAICI KANG

 
Menu laici kang semakin menjadi pilihan. Biasanya penggemar laici kang akan menikmatinya di restoran atau kedai makan. Sebenarnya tidak susah hendak sediakan laici kang. Ringkas dan ikut cita rasa sendiri. Boleh disediakan bila-bila masa sahaja. 

Apa yang penting mesti ada bahan untuk membuatnya. Bahan membuat laici kang tidak semestinya 'lengkap'. Apa yang penting ialah ada beberapa bahan yang biasa terdapat di dalam menu hidangan laici kang. 

Kebaikan atau faedah mengamalkan laici kang:
- Mengatasi masalah badan panas.
- Membantu penghadaman.
- Menambah darah.
- Mengatasi masalah insomnia.
- Meningkatkan kesihatan kulit.
-  Bahan pemakanan yang baik untuk kesihatan.
-  100% asli dengan bahan semulajadi
-  Tiada tambahan pengawet atau pewarna buatan

Sekejap! Bagaiamana ejaan sebenar? Laici kang, lin chee kang, laicikang, cikang, cikong atau lai chi kang? Tidak kisah mana ejaan yang betul, asalkan ia difahami.  

Bahan membuat laici kang boleh dibeli berasingan atau yang telah disediakan secara bercampur.

No comments:

Post a Comment