Taman
Eko-Rimba Lata Kekabu terletak di daerah Lenggong, Perak. Hutan Lipur Lata
Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis hutan
dipterokarpa bukit.
Jaraknya
hanya kira-kira 9 kilometer dari pekan Lenggong dan 25 kilometer dari bandar
Kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar - Gerik. Jarak dari Grik pula
kira-kira 40 kilometer.
Sebelum
ini apabila menyebut Lenggong, orang ramai lebih mengenali Royal Belum, Tasik
Raban dan Lembah Arkeologi Kota Tampan berbanding pusat peranginan itu.
Dengan
hutan dan batuan yang dianggar berusia ratusan tahun, air terjun,
tumbuh-tumbuhan dan pelbagai spesies burung serta serangga, berkunjung ke Lata
Kekabu amat mengujakan.
Ia
mempunyai kemudahan lengkap seperti ruang meletak kereta, tapak perkhemahan,
bilik persalinan, tandas, surau, gazebo dan dewan serbaguna.
Kawasannya
bersih, mempunyai laluan pejalan kaki dan titi gantung. Sungainya yang panjang,
jernih dan sejuk memberikan anda keselesaan mandi-manda bersama keluarga.
Kawasan
hutan aslinya cantik dengan pelbagai pokok seperti meranti, kempas, jelutong
dan keruing. Ia amat sesuai untuk aktiviti kembara alam, pendakian dan 'jungle
trekking.'
Lata
Kekabu menjadi aset yang mampu merangsang hasil ekonomi negeri selain menonjol
imej jabatan hutan sebagai agensi yang mampu memajukan industri ekopelancongan.
Pembangunan
pelancongan di Lata Kekabu bukan saja memberi peluang masyarakat menikmati
suasana alam semula jadi, hutan, flora dan fauna, tempat perkelahan serta air
terjun semata-mata.
No comments:
Post a Comment