Presiden
Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan UMNO seperti itik patah kaki yang
mahu berenang sendiri setelah sembuh sebenarnya tidak tepat.
Untuk
PRN Johor, UMNO telah tawarkan kepada Pas empat kerusi boleh menang, tetapi
ditolak oleh Pas. Pas lebih berminat untuk bersama dengan Bersatu yang berjanji
menawarkan lebih banyak kerusi.
Jadi,
di mana hujah mengatakan UMNO ingin berenang bersendirian dan meninggalkan Pas.
Sebenarnya Pas yang tidak ingin berenang bersama UMNO.
Pas
berasa hebat. Kononnya ada ahli lebih sejuta orang. Ada 197 kawasan yang aktif.
Jadi, tentu sekali terasa terhina apabila hanya ditawar empat kerusi dalam PRN
Johor.
Pas
lebih akrab bersama Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) yang berfungsi
sebagai satu badan rasmi berdaftar. Sedangkan, Pas bersama UMNO melalui
Muafakat Nasional (MN) yang sekadar satu persefahaman bersama tanpa didaftar
dengan Pendaftar Pertubuhan.
Dengan
kata lain, Pas lebih banyak membantu dan berkerjasama dengan Bersatu sehingga
menggunakan lambang sama semasa di PRN Melaka. Dan sekali lagi akan berkerjasama
sebagai satu entiti dalam PN pada PRN Johor.
No comments:
Post a Comment