Sejarah konfrantasi oleh Indonesia. Presiden Indonesia, Sukarno
membantah rancangan pembentukan Malaysia menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Malah, Tunku Abdul Rahman dituduh memijak bendera Indonesia.
Namun hal ini dinafikan oleh Tunku.
Susulan itu, pada 20 Jan 1963, kerajaan Indonesia
menerbitkan Deklarasi Konfrontasi yang mengutuk pembentukan Malaysia.
Konfrontasi bermaksud pertentangan secara langsung tanpa mengisytiharkan
perang.
Biarpun tidak mengisytiharkan perang, tindakan penyusupan
tentera Indonesia dilakukan terhadap kawasan Malaysia. Pertempuran melibatkan
anggota tentera berlaku di kawasan tertentu.
Konfrontasi berlangsung dari 20 Januari 1963 hingga 11 Ogos 1966.
Konfronasi ini berakhir apabila Sukarno digulingkan oleh Suharto pada 1966.
Suharto
tidak berminat meneruskan polisi Sukarno, dan memulakan rundingan damai pada
Mei 1966 yang berakhir dengan perjanjian pada 11 Ogos 1966.
Sepanjang konfrontasi ini (1962-1966) seramai 114 askar dari
negara Komanwel, 36 orang awam Sarawak dan lebih daripada 590 orang askar
Indonesia terbunuh.
Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak terbentuk pada 16 September 1963.
No comments:
Post a Comment