Monday, 28 September 2026

JAMBU AIR KANCING BERSAIZ KECIL

 
Jambu air kancing bersaiz kecil. Sejenis varieti jambu air yang saiz buahnya kecil seperti  kancing atau butang baju. Nama lain ialah jambu bertih dan jambu benik.   
 
Boleh ditanam melalui kaedah tut iaitu pembiakan vegetatif untuk menghasilkan anak pokok baharu yang mempunyai ciri-ciri seiras pokok induk tanpa menggunakan biji benih.
 
Pokok tut diambil pokok induk apabila ditanam di atas tanah cepat membesar dan berbuah mengikut kebiasaan pokok induk berbuah biarpun baru ditanam di atas tanah. Apa yang penting ialah pembajaan dan disiram air.
 
Buah jambu kancing memang unik dapat menarik perhatian. Selain itu, jambu kancing memiliki kelebihan mampu berbuah lebat tanpa terikat pada musim tertentu.
 
Jambu tanpa biji (mungkin ada seakan biji kecil) sesuai dijadikan pokok hiasan kerana pokok tidak tinggi dan buah yang menarik.
 
Bunga yang keluar dan membesar sebelum matang dalam tempoh masa yang singkat, sekitar 10 hari sahaja. Buah yang matang perlu dipetik dalam dua atau tiga hari. Jika tidak dipetik akan gugur dengan sendiri.
 
Buah akan matang dalam tempoh masa yang berbeza-beza, nama dalam selang masa beberapa hari sahaja.
 
Buah jambu kancing sedap dimakan segar, mahupun dicicah dengan colek.

No comments:

Post a Comment