Nikotin melekat di mana-mana.
apabila rokok dibakar, nikotin dan bahan kimia daripada asap
melekat pada kulit, rambut dan baju perokok. Ia juga melekat pada dinding,
karpet, sofa, mainan dan habuk rumah.
Lapisan nipis ini boleh berpindah bila disentuh, dan boleh
naik semula ke udara bila diganggu.
Kesan ini boleh kekal berbulan-bulan, malah bertahun,
walaupun tiada siapa merokok lagi di dalam rumah itu.
Paling terkesan dengan nikotin "terbang" ini
adalah kanak-kanak. Sebab mereka merangkak atas lantai, peluk baju ayah, dan
semua benda masuk mulut.
Satu kajian ke atas kanak-kanak yang datang ke kecemasan
dengan masalah pernafasan mendapati paras nikotin pada tangan mereka lebih tiga
kali ganda berbanding orang dewasa bukan perokok yang tinggal serumah dengan
perokok.
Kajian lain mendapati nikotin dalam habuk rumah perokok
boleh mencecah 12 hingga 21 kali ganda berbanding rumah bukan perokok.
Nikotin yang melekat itu juga boleh bertindak balas dengan
gas biasa dalam rumah dan membentuk bahan kimia penyebab kanser.
Di Malaysia, hampir satu daripada lima orang dewasa masih
merokok, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023.
Banyak daripada mereka ialah ayah dan suami yang sayang
keluarga, tetapi mereka telah melakukan tindakan yang boleh membahayakan
keluarga.
Berusahalah berhenti merokok demi diri sendiri dan orang
tersayang.

No comments:
Post a Comment