Hikmah perintah tutup aurat.
Hikmah di sebalik menutup aurat ialah dapat mengelakkan
kejahatan, maksiat dan menjaga maruah diri. Maka lelaki dan wanita tidak
terkecuali menutup aurat untuk maksud itu.
Contohnya
kaum lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian yang menunjukkan ciri-ciri wanita
seperti memakai pakaian diperbuat daripada sutera.
Begitulah
juga mereka ditegah daripada memperagakan tubuh badan dengan aksesori wanita
seperti rantai emas, pewarna bibir dan pewarna kuku.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melaknat lelaki yang memakai pakaian
wanita dan wanita memakai pakaian lelaki.” (Riwayatkan Abu Daud, Nasaie dan
Ahmad).
Nabi SAW menganjurkan kita bersederhana dalam segala perkara termasuk ketika
memperagakan sesuatu fesyen. Kita perlu mengambil berat dalam memilih sesuatu
fesyen yang ingin diketengahkan.
Antara larangan Nabi SAW dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut
sebagai pakaian ‘syuhrah’ iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya
berbanding pakaian kebiasaan.
Hal ini untuk mengelakkan daripada timbulnya perasaan sombong dalam jiwa
pemakai.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian ‘syuhrah’ di dunia
maka Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian yang hina pada hari akhirat.”
(Riwayatkan Abu Daud dan Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment