Friday, 6 November 2026

TAHAP KESAN SENGATAN LEBAH

 
Tahap kesan bahaya sengatan lebah.

Sengatan lebah boleh menjadi bahaya atau tidak, bergantung pada jumlah sengatan dan tahap alahan seseorang.

Jika tahap alahan tinggi dan jumlah gigitan sedikit, tahap reaksi hanya ringan sehaja yang tidak mendatangkan bahaya.

Hanya menyebabkan rasa sakit yang membakar, kemerahan, dan bengkak kecil di tempat sengatan yang akan reda dalam masa beberapa jam kemudiannya.

Di tahap reaksi sederhana, kesan kena gigit akan membentuk warna kemerahan atau bengkak yang semakin membesar dalam masa 1 hingga 2 hari dan biasanya sembuh dalam 5 hingga 10 hari.

Manakala di tahap reaksi toksik di mana banyak sengatan sehingga melebihi 10 kali, ia boleh menyebabkan seperti loya, muntah, demam, kekejangan, kerosakan otot, atau kegagalan buah pinggang.

Bagi individu yang mengalami alahan teruk, keadaan amat berbahaya dn boleh mengancam nyawa.

Gejala termasuk sesak nafas, pernafasan berdehit, bengkak pada bibir/tekak/lidah, kulit pucat, pening, serta penurunan tekanan darah yang boleh membawa maut.

Langkah pertolongan cemas awal apabila terkena sengat ialah buang penyengat yang tertinggal pada kulit dengan segera menggunakan kad nipis atau penyepit secara perlahan-lahan.

Basuh kawasan sengatan menggunakan air bersih dan sabun.

Tuam ais pada tempat yang bengkak selama kira-kira 20 minit untuk mengurangkan rasa sakit.

Sapukan krim seperti losyen kalamin atau ambil ubat antihistamin jika perlu.

Berdasarkan kemungkinan berlaku alahan teruk yang mungkin kebanyakan individu tidak mengetahui mengetahui mengenainya, selalulah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak disengat lebah.

Anggaplah sengatan lebah "sangat" berbahaya. Hindarkan daripada sengatan lebah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kalau terlibat dalam tugas memunggut madu lebah, ambillah tindakan yang sewajarnya seperti memakai pakaian yang selamat dan terhindar daripada sengatan lebah.

No comments:

Post a Comment