Saturday, 25 November 2017

PAS KALAH PRN KELANTAN 1978


Ketika PAS menyertai BN pada tahun 1974, pemimpin PAS turut dilantik menjadi menteri. PAS cuba mengambil kesempatan untuk menguatkan kedudukannya sehingga sanggup menikam rakan dari belakang.

Antara perjanjian PAS dan UMNO sebelum PAS masuk BN, mereka tidak boleh kacau tempat UMNO termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan PAS di mana UMNO mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga FELDA adalah menteri dari PAS di bawah Kementerian Tanah dan Galian. PAS tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan PAS di FELDA termasuk membuka beberapa kawasan FELDA baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.


Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Datuk Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA.

Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Datuk Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

Di waktu itu timbul sengketa antara Datuk Asri sebagai Yang Dipertua PAS dengan Datuk Mohd Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Datuk Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

Datuk Asri cuba menyingkir Datuk Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Datuk Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

Ramai ahli PAS memihak kepada Datuk Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Datuk Asri.

Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

Pada 11 Mac 1978, Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di Kelantan. Masa PRN, PAS telah keluar dari BN, manakala Datuk Mohd Nasir menubuh parti BERJASA setelah keluar dari PAS yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada BERJASA begitu kuat sehingga memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi. BN menang 23 kerusi. 


Biarpun BN mampu menubuhkan kerajaan Kelantan secara bersendirian, BN mengambil keputusan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. 

No comments:

Post a Comment