Saturday 25 November 2017

Sebab berlaku MAGERAN di Kelantan 1977

Kerajaan gabungan PAS - UMNO (BN) memerintah Kelantan selepas PRU Ke-4 pada tahun 1974. Datuk Muhammad Nasir dari PAS dilantik menjadi menteri besar. Sepanjang tempoh menjadi menteri besar, Datuk Muhammad Nasir berdepan tentangan segelintir ahli PAS.

Kemuncak krisis menyaksikan pada 15 Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya kepada Datuk Muhamed Nasir selaku menteri besar. Dalam usul tidak percaya itu, 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN UMNO bertindak keluar dewan.

Biarpun tidak mendapat sokongan ADUN PAS di DUN, Datuk Mohammad Nasir mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli akar umbi PAS dan rakyat Kelantan. Sebagai protes keputusan DUN itu, rakyat membuat perhimpunan besar-besaran sehingga menimbulkan kekacauan dan keadaan tidak selamat.

Pada 8 November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, beliau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain, dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama BN dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan ahli parlimen PAS sendiri.

Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan diletakan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah melantik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN. Pada masa sama Datuk Muhamed bin Nasir terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Setelah Kelantan di bawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS. Nik Aziz selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dari awal lantang menetang gabungan PAS-BN.

Hasil dari desakan itu, Datuk Hassan Adli Arshad, Timbalan Yang DiPertua PAS dijadikan kambing hitam apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri atas sebab kononnya beliau menjadi ketua kepada menteri dan ahi parlimen PAS yang menyokong Rang Undang-Undang Darurat.

Beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan BN terpaksa membuat keputusan membuang PAS dari pakatan itu.  

Untuk meleraikan kemelut politik di Kelantan dan mengembalikan kuasa kepada rakyat, satu PRN Kelantan diadakan pada 11 Mac 1978.

Datuk Mohammad Nasir yang telah meninggalkan PAS menubuh BERJASA untuk menyertai PRN. Sokongan kepada Datuk Mohammad Nasir begitu kuat sehingga BERJASA memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi. BN menang 23 kerusi.  

Dengan kekalahan itu menyaksikan PAS tersingkir dari tampuk kuasa setelah 20 tahun memerintah Kelantan.

Biarpun BN mampu menubuhkan kerajaan Kelantan secara bersendirian, BN mengambil keputusan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang barhau.

Datuk Haji Mohamed bin Nasir pula telah dilantik sebagai senator dan menjadi menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

PRU Ke-5 diadakan pada 8 Julai 1978 di Kelantan hanya melibatkan kawasan parlimen. 

No comments:

Post a Comment