Friday 26 January 2018

PUNCA PRODUKTIVITI PEKERJA TERJEJAS

Satu kajian Tempat Kerja Paling Sihat 2017 oleh AIA Vitality syarikat insurans AIA Bhd mendapati, golongan pekerja di Malaysia bekerja secara purata 15 jam lebih lama daripada waktu kontrak mereka dalam tempoh seminggu berbanding tiga buah negara serantau iaitu Australia, Singapura dan Hong Kong.

Begitu pun, pekerja di Malaysia mencatatkan kerugian produktiviti kedua tertinggi di rantau ini selepas Hong Kong dengan jumlah hari tidak produktif sebanyak 67 hari setahun.

Dalam kajian itu, didapati bahawa tenaga kerja Malaysia secara amnya tidak sihat. Sebanyak 64 peratus daripada responden juga didapati tidak aktif secara fizikal, 90 peratus mempunyai diet yang tidak seimbang dan 53 peratus mengalami tekanan yang berkaitan hal-hal kerja.

Masalah kesihatan sebegini menjejaskan produktiviti pekerja. Sebenarnya, tiada satu sebab utama yang menyebabkan mengapa pekerja-pekerja di Malaysia menjadi kurang produktif.

Semua sebab berkait antara satu sama lain, menyebabkan produktiviti di tempat kerja terjejas. Contohnya, jika seseorang mempunyai penyakit kronik, ia sudah tentu sekali akan menjejaskan kualiti hidup.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Contoh situasi yang boleh saya berikan ialah waktu kontrak bekerja biasanya selama lapan jam.

Data yang diperoleh daripada kajian ini menunjukkan pekerja-pekerja di Malaysia bekerja tiga jam lebih lama setiap hari. Ini bermakna, waktu petang dihabiskan di pejabat sedangkan waktu tersebut sepatutnya digunakan untuk bersenam atau beriadah bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Secara fizikal, pekerja berada di tempat kerja, namun secara mental, pekerja sudah letih, seterusnya tiada masa untuk bersenam.

Apabila kita pulang kerja lewat, makan malam juga akan menjadi lewat, seterusnya menjadikan kita terdedah dengan masalah-masalah kesihatan lain seperti obesiti yang juga akan menjejaskan kesihatan untuk jangka masa yang panjang.

Penyakit-penyakit seperti inilah yang menyebabkan produktiviti di tempat kerja terjejas.

No comments:

Post a Comment