Tuesday 16 January 2018

Proses membentuk diri menjadi pemimpin

Ini bukan kisah politik biarpun ambo menggunakan gambar orang politik. Bukan hendak kempen orang dalam gambar di atas. Bahkan, setakat blog 'kecil' ini tidak mampu pun untuk menaikkan nama individu berkenaan.  

Yang ingin diceritakan di sini, peranan orang muda membantu membina negara lebih sejehtera. Mereka bakal menjadi pemimpin masa depan (merujuk kepada golongan muda dan tidak khusus kepada individu di dalam gambar).

Untuk jadi pemimpin bukan hanya apabila menang pertandingan permilihan parti atau terpilih jadi Yang Berhomat. Proses membentuk pemimpin unggul melalui latihan berterusan. Ia bukan melalui proses pendidikan formal di universiti atau mana-mana pusat latihan.

Profesor yang mengajar sains politik dan kepimpinan belum tentu layak atau berjaya menjadi pemimpin politik. Teori dan praktikal amat berlainan.

Sebaliknya, proses mendidik pemimpin adalah melalui amalan dan penyertaan berterusan dalam aktiviti kemasyarakatan dan kepimpinan dalam pelbagai peringkat.

Pemimpin unggul bukan pemimpin mee segera. Bukan juga jawatan warisan yang diperoleh sebagai 'pusaka' dari keluarga.

Bentuk dan binalah pemimpin masa hadapan melalui aktiviti hari ini. Biarlah mereka bertatih memperoleh pengalaman sepanjang perjalanan proses kepimpinan yang berliku.

Mereka akan benar-benar berasa jerit perih melalui jalan berliku sebelum layak menjadi pemimpin masa depan.

No comments:

Post a Comment