Friday 1 June 2018

MEMANDU LORONG BETUL DI LEBUH RAYA

Memandu di lebuh raya agak selesa. Kadar kelajuan yang ditetapkan juga melebihi kelajuan di jalan biasa. Di lebuh raya tidak sukar untuk memotong disebabkan hanya laluan sehala. Namun, pengguna tidak beretika menyebabkan pemanduan di lebuh raya menjadi haru biru apabila berlaku kesesakan lalu lintas.

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Fikirkan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga ingin cepat sampai ke lokasi di tuju. Dan pastinya pengguna lain berharap agar tidak berlaku kecelakaan ketika memandu.

No comments:

Post a Comment