Rasa mengantuk lumrah dialami.
Namun jika sentiasa mengantuk tidak kira masa, itu dianggap satu
'penyakit'. Jika keadaan ini berlarutan sehingga sebulan atau dua bulan
anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Terdapat beberapa sebab yang
boleh dikaitkan dengan rasa mengantuk dan letih sepanjang hari:
- Kurang oksigen
- Makan berlebihan
- Makan makanan manis yang
berlebihan
- Obesiti ( masalah kegemukan)
- Anemia (kurang darah merah)
- Diabetes
- Dehidrasi
- Sakit jantung
- Depresi (kemurungan)
- Kurang aktiviti fizikal (olahraga)
- Masalah kalenjar tiroid
Rasa mengantuk dan letih ketika
memandu juga amat berbahaya. Memandu ketika dalam keadaan mengantuk dan letih
sangat membahayakan nyawa kita.
Sesaat sahaja kita terlelap
ketika memandu, kebarangkalian untuk mendapat kemalangan adalah amat tinggi
iaitu 99%.
Ini adalah kerana ketika
terlelap, otak kita tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota
tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan
sempurna.
Kata orang, ubat terbaik untuk
mengatasi mengantuk ialah tidur! Tetapi bagaimana dalam keadaan yang mana
kita perlu terus berjaga atau meneruskan tugas yang dilakukan?
Macam-macam cara biasa dilakukan
seperti minum air kopi, membuat senaman ringan, mendengar muzik, mandi dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment