Apabila
disebut aurat, maka lazimnya dikaitkan dengan wanita. Sedangkan sebenarnya
lelaki juga perlu menjaga aurat. Maka, lelaki juga perlu faham dan mematuhi
dalam soal menjaga aurat.
Perbezaan
pendapat mengenai aurat lelaki.
1.
Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Lelaki diwajibkan menutup auratnya di
antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang
bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan
melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri
boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan
masing-maisng adalah makruh.
2.
Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:
-
Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya
ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
- Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
- Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
Auratnya
adalah seluruh tubuh badannya
[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].
[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].
No comments:
Post a Comment