Janna
Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1995.
Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi yang meningkat naik di
Malaysia.
Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna dan keluarganya pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama 3 tahun sewaktu beliau masih kecil.
Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya.
Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi peranan sebagai Nur Jannah dalam siri drama Syurga Nur (2015), dan meraih pengiktirafan meluas menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita yang membolehkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.
Janna membuat penampilan teater pertama menerusi pementasan teater Zombie La La La yang dipentaskan di Istana Budaya pada 2016. Beliau memulakan kerjaya nyanyian dengan melancarkan single pertama yang bertajuk "Mungkin Saja" pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang nyanyian.
Janna membuat kemunculan sulungnya di layar perak menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017).
No comments:
Post a Comment