27
Febuari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hadir
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan
vaksin COVID-19 Sinovac yang selamat tiba pagi ini.
Vaksin
Sinovac yang dibawa menggunakan pesawat MH319 itu telah dihasilkan oleh
syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Life Sciences Co. Ltd. (Sinovac) dan akan diuruskan Pharmaniaga LifeScience
Sdn. Bhd. (PLS) melalui perjanjian di peringkat global.
Ia
membabitkan penghantaran sebanyak 200 liter vaksin dalam bentuk cecair secara
pukal yang diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) dan
dijangka jumlah tersebut boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk
keperluan Malaysia
Turut
hadir menyaksikan detik bersejarah ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy
Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
(PICK) dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Luar,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Duta Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing
dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz.
PLS
anak syarikat penuh milik Pharmaniaga Berhad yang merupakan milik penuh Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menandatangani perjanjian dengan syarikat
biofarmaseutikal dari China, Sinovac bagi membotol dan mengedarkan 14 juta dos
vaksin Covid-19.
Melalui
perjanjian yang ditandatangani pada 12 Jan 2021 itu, PLS akan membotolkan
vaksin itu di negara ini yang akan menjadikan kosnya lebih murah.
PLS
akan menggunakan kilang suntikan volum kecil (SVI) berteknologi tingginya di Puchong
untuk menjalankan proses pembotolan vaksin tersebut.
Kilang
PLS akan memproses vaksin tidak aktif (atau vaksin yang telah dimatikan) yang
terdiri daripada zarah-zarah virus yang dibangunkan dalam kultur dan telah
hilang keupayaan menghasilkan penyakit.
Perjanjian
pembekalan vaksin Covid-19 melalui Pharmaniaga LifeScience adalah sesuatu yang
sangat bersejarah dan akan memberikan pulangan yang besar bukan sahaja untuk
Pharmaniaga, malah kepada rakyat Malaysia.
Ketika
ini, Malaysia masih belum mempunyai teknologi dan tenaga kepakaran untuk
membangunkan sendiri vaksin.
Oleh
itu, ini adalah peristiwa bersejarah untuk negara kerana melalui kerjasama ini,
pasukan tenaga profesional tempatan akan dilatih dalam teknologi vaksin serta
bakal memperoleh pengalaman berharga bekerja dengan saintis terkemuka Sinovac
supaya Malaysia mempunyai tenaga pakarnya sendiri dalam bidang formulasi vaksin
dalam masa terdekat.
China
memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu
selamat dan berkesan kerana kerajaannya sentiasa memastikan syarikat vaksin
berkenaan menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan mematuhi
undang-undang saintifik dan peraturan berkaitan.
Duta
Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata, fasa tiga ujian klinikal vaksin
Sinovac Covid-19 dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin
Sinovac diberikan di China dan luar negara.
Data
dan hasil ujian klinikal itu membuktikan bahawa vaksin Sinovac adalah selamat
dan berkesan. Selain itu, vaksin itu diputuskan sebagai halal oleh pihak
berkuasa Indonesia.
Ouyang
berkata, China dijangka membekalkan 14 juta dos vaksin Sinovac seperti yang
dipersetujui dalam perjanjian dengan Pharmaniaga dalam setahun.
Beliau
berkata, bekalan kumpulan vaksin Sinovac seterusnya akan tiba secara
berperingkat mulai Mac selepas penghantaran vaksin pertama hari ini.
Menurutnya,
ketibaan kumpulan pertama vaksin secara pukal mencerminkan kerjasama vaksin
China-Malaysia dan menunjukkan persahabatan yang erat antara rakyat China dan
rakyat Malaysia.
Ouyang
berkata, China menyokong dan mengambil peranan aktif dalam usaha global
memerangi pandemik itu dan akan terus bekerjasama dengan Malaysia dan
negara-negara lain untuk memperkukuh kerjasama dalam vaksin, pencegahan dan
kawalan pandemik serta pemulihan ekonomi.
No comments:
Post a Comment