Thursday 22 July 2021

Tabahlah Syed Saddiq hadapi cabaran

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dua pertuduhan mahkamah terhadapnya adalah bermotif politik agar beliau tunduk kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, perkara itu terbukti apabila izin mendakwa kes tersebut telahpun dibuat Ogos 2020 lalu sebaliknya beliau dituduh pada hari ini.

Jika benar, pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah bermotif politik, kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri.

Sekarang kamu rasa musibah kes penganiayaan politik. Duhulu kamu hina Najib dan pemimpin UMNO dengan kata cacian.

Sekarang kami berasa menjadi mangsa mainan politik. Kamu patut menghadapinya dengan tenang.

Kamu contohi Najib Razak. Jadi kuat. Jangan goyang dan jangan masuk kluster katak, walau terpaksa turun naik mahkamah.

Kamu masih muda. Bakat kamu akan dikagumi jika kamu berjaya menghadapinya dengan semangat kental.

Buktikan kemudaan perjuangan kamu yang berprinsip. Jangan jadi macam kluster katak lain.

Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur di atas tuduhan pecah amanah dan menyalah guna sumbangan pilihan raya yang keseluruhannya berjumlah RM1.12 juta.

Ia membabitkan dana amanah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000.

FOTO: FARIZ RUSADIO

No comments:

Post a Comment