Tuesday 27 July 2021

PINK LAKE AIR TASIK BERWARNA MERAH JAMBU

 
Terdapat beberapa tasik di dunia ini yang airnya berwarna merah jambu. Salah satu tasik tersebut ialah Pink Lake di Australia Barat.

Pink Lake adalah tasik garam terletak di kawasan Goldfields-Esperance di Australia Barat.

Warna air tasik menjadi merah jambu berpunca mikroorganisma alga kemerahan yang dinamakan Dunaliella salina.

Alga mikro hijau halofil menghasilkan sebatian pigmen iaitu karotenoid bagi membantu menyerap cahaya matahari. Sebatian ini adalah faktor di sebalik keindahan Pink Lake yang berwarna merah jambu.

Keindahan warna tasik ini lebih menarik jika dilihat dari udara. Jika berada di tepi pantai, warnanya tidaklah begitu kelihatan terang.

Selain di Australian, tasik merah jambu terdapat di beberapa negara lain dari seluruh dunia termasuk Senegal, Kanada, Sepanyol dan Azerbaijan.

Tasik Retba di Senegal, memiliki kepekatan garam yang tinggi sekitar 40% yang menyebabkan warna merah jambu kelihatan terang. Penjagaan yang rapi oleh penduduk tempatan untuk mendapatkan garam.

Seterusnya, Tasik Dusty Rose terletak di Kanada juga berwarna merah jambu kerana zarah-zarah di dalam lebur glasial yang memakannya. Batu di sekitar tasik berwarna ungu dan merah jambu. Tasik ini juga dikatakan mempunyai sedikit warna lavender.

No comments:

Post a Comment