Tuesday 19 October 2021

GOLONGAN ANTIVAKSIN BUKAN MANGSA

 
Lebih 90 peratus orang rakyat negara ini berkorban mengambil vaksin bukan sahaja kerana percaya untuk melindungi diri dan masyarakat, tetapi juga kerana mahu memulihkan aktiviti ekonomi negara ini.

Jika golongan antivaksin percaya mengambil vaksin adalah satu risiko, maka 90 peratus kami telah berkorban untuk anda. Ini kerana tanpa kumpulan 90 peratus yang mengambil vaksin ini sampai sekarang kita hanya akan bersembang soal angka jangkitan dan kematian, bukannnya pemulihan negara ini.

Anehnya, tiba-tiba 10 peratus yang 'tidak mahu mengambil risiko vaksinasi ini' (mengikut perspektif mereka) kini cuba menunjukkan seolah-olah mereka mangsa dan ditindas oleh kerajaan.

Kumpulan ini bukan mangsa, mereka hanya mengambil kesempatan mendapatkan kembali keselesaan hidup atas pengorbanan orang lain.

Saya percaya kerajaan tidak boleh menyekat aktiviti sosial dan kerja kumpulan ini kerana ia akan menjadi isu hak asasi dan sebagainya. Mereka yang mengambil kesempatan mengapi-apikan rakyat membenci kerajaan pun ramai.

Daripada melarang terus, adalah elok kerajaan mengenakan beberapa peraturan yang tidak menghalang mereka namun melindungi orang lain yang telah 'berkorban'.

Telah ada kakitangan kerajaan yang tidak mengambil vaksin kerana berpendapat mereka lebih untung bila tidak ambil vaksin - tidak boleh datang kerja dan kerajaan terpaksa membayar gaji mereka.

Justeru kerajaan perlu mensyaratkan mereka yang tidak mahu mengambil vaksin menunjukkan ujian RTK negatif (hanya yang ada dalam mysejahtera, bukannya surat biasa) selama tiga hari untuk semua aktiviti termasuk bekerja.

Dalam bahasa mudah, mereka yang tidak mahu mengambil vaksin perlu mengambil ujian RTK setiap 3 hari, bagi membuktikan mereka tidak merbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.

Sumber media maya

Gambar: Pusat Peranginan Pantai Kundur. Sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment