Friday 15 October 2021

SEBAB JANTUNG PISANG DIPOTONG

 
Setiap pohon pisang hanya menghasilkan satu tandan buah pisang yang berasal dari satu jantung atau kelompok bunga pisang. Kerana itulah, jantung pisang lebih sukar didapati di pasaran dibandingkan dengan buahnya.

Setelah pisang mulai berbuah, kelompok bunga yang ada di bahagian bawah dikenal dengan nama jantung pisang akan tertinggal.

Jantung pisang perlu dipotong atau dibuang agar tidak menyebabkan tumbesaran buah menjadi kurang membesar.

Jantung pisang yang dipotong boleh dimanfaatkan. Jantung pisang boleh dimakan dan kaya khasiat.

Tiap 25 gram jantung pisang, mengandung 31 kkal kalori, 7.1 gram karbohidrat, 0.3 gram lemak, dan 1.2 gram protein. Selain itu, ada kandungan mineral (fosfor, kalsium, dan zat besi) serta vitamin (A, B1, dan C), dan serat.

Jantung pisang baik dimakan oleh orang yang sedang diet lemak kerana  rendah lemak dan memberi rasa kenyang lebih lama.

Pengidap diabetes juga boleh makan jantung pisang kerana indeks glikemik (GI) nya rendah.

Kandungan serat dalam jantung pisang dapat memperlancar pencernaan serta mengikat lemak dan kolesterol untuk dibuang bersama kotoran. Juga dapat mencegah penyakit jantung dan stroke kerana dapat memperlancar pengaliran darah dan bersifat antikoagulan (mencegah penggumpalan darah).

Tidak semua jenis pisang memiliki jantung yang enak dimakan. Terdapat jenis jantung pisang yang rasanya agak pahit kerana memiliki kadar tannin tinggi.

Antara jenis jantung pisang yang sesuai dimakan ialah dari jenis pisang kelat lega, kebatu, kapas, gala dan kebatu.

Jenis jantung pisang yang enak dimakan ini memiliki kadar protein lebih tinggi dari pisang lainnya. Protein menghasilkan rasa gurih yang dapat mengalahkan rasa pahit dari tannin.

Untuk digunakan, kupas kelopak luar jantung pisang yang berwarna merah sampai tinggal bahagian dalamnya yang berwarna putih kemerahan. Setelah itu, belah dua, potong memanjang, iris-iris, cuci bersih, lalu rebus.

Jantung pisang juga sedap dibakar. Bakar jantung pisang yang belum dibuang kelopak luarnya sehingga matang, kupas kulitnya, kemudian belah dua dan iris. Gunakan pisau yang telah dilumur minyak masak kerana jantung pisang agak bergetah.

Jantung pisang dapat dimakan sebagai ulam atau dijadikan sebahagian bahan membuat menu masakan seperti gulai dan acar.

No comments:

Post a Comment