Wednesday 6 October 2021

JETI NELAYAN KAMPUNG CHEPOR LENGGONG

 
Jeti Nelayan Kampung Chepor, Lenggong berbentuk ala dangau atau pondok tempat persinggahan nelayan berehat dan menjual hasil tangkapan di tepi Sungai Perak.

Selain itu, ia juga menarik serta boleh dijadikan lokasi perkelahan sekampung.

Jeti asal dibina nelayan menggunakan papan dan kayu terpakai dijadikan tempat tambatan motorbot, pendaratan ikan, simpanan alatan menangkap ikan dan tempat berehat nelayan.

Sesuai konsep kampung, jeti tersebut dinaiktaraf dan diubah suai berkonsepkan buluh, bukan sahaja untuk keselesaan penduduk kampung, bahkan diharapkan menjadi daya tarikan pelancong.

Turut dibina ialah sebuah dewan terbuka, pondok rehat dan pondok tinjau di atas pokok.

Kampung dihuni kira-kira 1,000 penduduk itu juga mempunyai padang ragut ternakan lembu dan rusa.

Pengunjung boleh melihat ratusan ekor rusa dari dekat dan membelai rusa jinak.

Di Kampung Chepor ini juga, ada pengusaha makanan tradisional daripada sagu rumbia yang dijadikan tepung untuk dibuat kuih bakar, kole (penganan basah sagu rumbia), cendol dan sebagainya.

Penduduk juga menjalankan aktiviti pelancongan dengan mengadakan pakej memancing, memukat, menjala dan sebagainya.

Gambar dari FB Shamsul Anuar Nasarah 

No comments:

Post a Comment