Saturday 2 October 2021

LATA KEKABU, LENGGONG AMAT ISTIMEWA

  
Taman Eko-Rimba Lata Kekabu terletak di daerah Lenggong, Perak. Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Jaraknya hanya kira-kira 9 kilometer dari pekan Lenggong dan 25 kilometer dari bandar Kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar - Gerik. Jarak dari Grik pula kira-kira 40 kilometer.

Sebelum ini apabila menyebut Lenggong, orang ramai lebih mengenali Royal Belum, Tasik Raban dan Lembah Arkeologi Kota Tampan berbanding pusat peranginan itu.

Dengan hutan dan batuan yang dianggar berusia ratusan tahun, air terjun, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai spesies burung serta serangga, berkunjung ke Lata Kekabu amat mengujakan.

Ia mempunyai kemudahan lengkap seperti ruang meletak kereta, tapak perkhemahan, bilik persalinan, tandas, surau, gazebo dan dewan serbaguna.

Kawasannya bersih, mempunyai laluan pejalan kaki dan titi gantung. Sungainya yang panjang, jernih dan sejuk memberikan anda keselesaan mandi-manda bersama keluarga.

Kawasan hutan aslinya cantik dengan pelbagai pokok seperti meranti, kempas, jelutong dan keruing. Ia amat sesuai untuk aktiviti kembara alam, pendakian dan 'jungle trekking.'

Lata Kekabu menjadi aset yang mampu merangsang hasil ekonomi negeri selain menonjol imej jabatan hutan sebagai agensi yang mampu memajukan industri ekopelancongan.

Pembangunan pelancongan di Lata Kekabu bukan saja memberi peluang masyarakat menikmati suasana alam semula jadi, hutan, flora dan fauna, tempat perkelahan serta air terjun semata-mata.

No comments:

Post a Comment