Friday 13 January 2023

MASJID IBRAHIMI PASIR PUTEH

 
Masjid Ibrahimi Pasir Puteh ini telah dibina pada tahun 1939 Masihi, dan namanya adalah mengambil sempena nama Sultan Kelantan, Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad Keempat.
 
Masjid Ibrahimi Pasir Putih ini terletak di pinggir kawasan bandar dan mempunyai ruang yang agak besar dan boleh menampung sehingga lebih kurang 3000 jemaah dalam satu-satu masa.
 
Masjid Ibrahimi Pasir Puteh merupakan masjid bandar yang pertama di Kelantan. Keluasan perkarangan masjid ini adalah berukuran 5 ekar. Masjid ini berada dalam kawasan bandar Pasir Puteh dan di tepi jalan utama dari Kota Bharu ke Terengganu.
 
Reka bentuk masjid ini bercirikan seni bina Moghul. Masjid ini juga berbentuk segi empat pada asas binaannya. Menaranya bersambung dengan bangunan masjid dan dilengkapi tangga di bahagian mihrab. Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.
 
Bangunan tambahannya telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak bin Tun Hussein pada 8 Rejab 1395 Hijrah bersamaan 17 Julai 1975 Masihi.

No comments:

Post a Comment