Wednesday 31 May 2023

LEMBAH DURIAN KAMPUNG DAMAK

 
Kampung Damak yang terletak di daerah Jerantut, Pahang terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis Durian Premium Kampung (DPK). Terkenal dengan nama Lembah Durian Kampung Damak, pelbagai jenis DPK dikeluarkan di kampung berkenaan seperti damak king, mas hijau, duri hitam, kulit buaya, naga emas, aji aziz, kepala gajah, tembaga damak dan beberapa jenis yang tidak begitu terkenal tetapi tetap menjadi pilihan penggemar raja buah.
 
Isi DPK lebih sedap dan aromanya me­ngujakan menjadi antara faktor ia berjaya menambat hati pelanggan sehingga mengatasi jualan musang king. Selain rasa sedap serta berlemak, isi yang tebal dan berwarna oren turut menjadi tarikan utama penggemar 'raja buah' itu.
 
Manakal ciri-ciri lain terdapat pada DKP ialah buah bertangkai segar, bebas kotoran, tidak busuk, bentuk sempurna, isi krim, kuning atau jingga, ketebalan isi melebihi 10 milimeter (mm), rasa berlemak dan sedikit pahit serta buah melebihi 1 kilogram.
 
Agak istimewa juga, ulas DKP ini tidak berair selepas lebih daripada 48 jam dibelah. Malahan, isinya bersih dan tidak melekit pada jari kita ketika dimakan.

No comments:

Post a Comment