Tuesday 20 June 2023

SHIRUTO BERFUNGSI UNTUK IMUNITI BADAN

 
Shiruto adalah sejenis makanan yang berfungsi untuk imuniti badan kita. Ia adalah sejenis produk buatan negara Jepun yang dijual melalui perniagaan jualan langsung syarikat BE International.
 
Shiruto dilancarkan oleh BE International pada bulan Januari 2019. Sejak perlancarannya, Shiruto telah mendapat sambutan yang baik di pasaran.
 
Apakah fungsi Shiruto? Shiruto berperanan untuk meningkatkan imuniti badan daripada serangan patogen yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan.
 
Badan kita perlu dilindungi kerana setiap hari kita akan bersentuh, terserap dan tersedut berjuta-juta patogen ke dalam badan kita.
 
Patogen merupakan mikroorganisma dan abiotik yang boleh menyebabkan penyakit kepada kita. Contoh patogen ialan parasit, kulat, bakteria, virus, habuk, jerebu dan debunga.
 
Untuk menghadapi dan mengawal patogen, badan manusia memiliki imun yang sangat canggih dan istimewa.
 
Sistem imuniti kita akan membekalkan perisai pertahanan sepanjang 24 jam sehari.
Salah satu sel yang penting di dalam sistem imuniti badan kita adalah makrofaj.
 
Makrofaj memainkan pelbagai peranan dalam sistem imuniti kita seperti:
- Melindungi badan – Salah satu fungsi makrofaj ialah menentang dan menelan patogen.
Ia juga berkomunikasi dengan sel-sel imun lain untuk menyerang patogen bersama-sama.
- Mengawalatur sistem imuniti – Makrofaj juga berfungsi mengawalatur sel-sel imuniti badan kita untuk menghentikan serangan.
- Penyinkiran sel – Makrofaj menyinkirkan sel yang tua dan sel-sel yang tidak normal.
- Membaikpulih sel – Makrofaj juga berfungsi untuk membaikpulihkan sel-sel badan.
Ia akan melepaskan faktor-faktor imun untuk menggalakkan pembaikan tisu sel yang rosak.
Walaupun sel makrofaj penting untuk sistem imuniti kita, kadangkala ia akan menjadi tidak aktif.
 
Terdapat banyak sebab mengapa sel makrofaj menjadi tidak aktif. Contohnya adalah:
- Peningkatan umur
- Percemaran persekitaran
- Suhu tinggi
- Suhu rendah
- Bunyi bising
- Gaya hidup
 
Makrofaj yang tidak aktif akan mengganggu sistem imuniti badan kita. Apakah cara untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj yang tidak aktif?
 
Cara yang paling efisen untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj adalah dengan mengabungkan IP-PA1 dengan receptor-receptor (TLR4) makrofaj.
 
Apa itu IP-PA1? IP-PA1 adalah ramuan yang unik di dalam Shiruto yang di dapati daripada ekstrak gandum yang melalui proses penapaian yang berpaten di Jepun.
 
Pada tahun 2011, tiga orang saintis memperoleh Hadiah Nobel dalam Perubatan kerana menemui prinsip utama pengaktifan sistem imun.
 
Bruce A. Beutler dan Jules A. Hoffman telah menerima Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi atau Perubatan kerana menemui prinsip utama dalam pengaktifan imuniti.
Manakala Ralph M. Steinman pula dianugerahkan Hadiah Nobel kerana penemuannya berkaitan sel dendritik dan peranannya dalam imuniti adaptif.
 
Bila makrofaj di aktifkan, ia dapat melakukan fungsi-fungsi seperti:
- Melindungi badan
- Mengawalatur sistem imuniti
- Menyingkirkan sel penuan dan sel tidak normal
- Membaik pulihkan sel-sel badan
 
Di sini, penggunaan Shiruto adalah bermanfaat kerana kandungan utamanya, IP-PA1 dapat mengaktifkan sel-sel makrofaj di dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment