Monday 11 December 2023

PELAN STRATEGI PENGHAYATAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Kerajaan Pas Kelantan telah mengeluarkan dokumen Pelan Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI), menggariskan tiga fasa utama dalam memperkukuhkan pentadbiran untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.
 
Tiga fasa itu adalah; pemacu strategi, kemampanan strategi dan peneguhan visi. Dokumen induk itu melibatkan 19 'Kuasa Penggerak' yang dirangkumkan dalam empat 'Kelompok Faktor' iaitu Faktor Kepimpinan, Pengurusan Sumber, Pengurusan Alam Sekitar Lestari dan Teknologi, serta Pengurusan Strategi.
 
Kesemua 19 Kuasa Penggerak ini akan dilaksana berdasarkan prinsip Maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
 
Dokumen ini juga akan mengikat setiap dasar, perancangan pembangunan, program dan aktiviti kerajaan dan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO).
 
Ia turut menjadi asas kepada pembentukan Pelan Strategik PMBI yang akan diselaraskan oleh Unit Perancang Strategik Pejabat Menteri Besar.
 
Melaluinya kerajaan negeri berharap semua pihak terlibat terutama Ahli-ahli Dewan Negeri (ADUN) dan Ketua-ketua Jabatan dapat menghayati dokumen induk itu dengan melaksanakannya dalam bidang kuasa masing-masing demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

No comments:

Post a Comment