Monday 15 January 2024

MANFAATKAN MEDIA SOSIAL UNTUK BERHUBUNG

 
Pada usia 60 tahun, apabila telah pencen, rakan tempat kerja akan mula melupakan kita. Tidak kira betapa berjaya atau hebatnya semasa berkerjaya dulu. Anda akan kembali menjadi orang biasa. Jadi, jangan berpegang teguh pada pemikiran dan rasa unggul daripada pekerjaan anda yang lalu, lepaskan ego anda.
 
Apa yang dahulu telah berakhir. Rakan tempat kerja dahulu sudah ada pengganti kita. Kalau dahulu kita ketua, kini sudah ada ketua baharu yang akan disanjung dan dipatuhi arahnya.
 
Pada usia 63 tahun, masyarakat secara beransur-ansur melupakan anda. Rakan dan rakan sekerja yang pernah anda temui dan bersosial mulai sediki demi sedikit, dan hampir tidak ada sesiapa pun yang mengenali anda di tempat kerja anda dahulu. Jangan katakan, " Saya dulu ... " atau " Saya pernah ... " kerana generasi muda tidak akan mengenali anda, dan anda pasti tidak berasa selesa mengenainya!
 
Pada usia 65 tahun, keluarga sendiripun perlahan-lahan meninggalkan anda. Walaupun anda mempunyai banyak anak dan cucu, kebanyakan masa anda akan tinggal bersama pasangan atau sendirian. Apabila anak-anak anda menziarahi sekali-sekala, itu adalah tanda kasih sayang. Jadi jangan salahkan mereka kerana jarang datang, kerana mereka sibuk dengan kehidupan mereka sendiri!
 
Pada usia 70 tahun, dunia akan mula melupakan anda. Beberapa orang yang anda kenali telah pun pergi buat selama-lamanya. Pada ketika ini, jangan bersedih kerana ini adalah perjalanan hidup, dan semua orang akhirnya akan mengikutinya.
 
Oleh itu, sementara badan kita masih mampu, jalani kehidupan dengan sepenuhnya. Makan apa yang anda mahu, minum apa yang anda inginkan, bermain dan lakukan perkara yang anda suka. Pergi menziarahi kawan-kawan lama yang masih ada. Bercuti ke destinasi percutian tertentu
 
Manfaatkan media sosial yang ada untuk berhubung dengan rakan-rakan. Kuatkan kembali hubungan biarpun sekadar di alam maya. Bertanya dan saling mendoakan.Tulislah perkataan baik-baik dan berkongsi gambar yang mengembirakan serta memberi inspirasi kepada rakan-rakan.
 
Jangan berkongsi sesuatu yang boleh menyakiti hati sahabat. Hidup tidak panjang lagi. Takut nanti kita tidak berpeluang meminta maaf. Kita tidak pasti siapa yang pergi dahulu, kita atau rakan.

No comments:

Post a Comment