Friday 21 June 2024

AGENDA TVET SATU INISIATIF BERIMPAK BESAR

 
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 20 Jun 2024 bersamaan 13 Zulhijah 1445H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan beberapa isu sebagaimana berikut:
 
1. UMNO di semua peringkat mesti mengambil tanggungjawab untuk membantu Kerajaan membumikan dan melaksanakan Dasar TVET Negara bagi memastikan lebih 250,000 tempat-tempat pengajian TVET yang disediakan oleh 1,345 institusi TVET seluruh negara, dimanfaatkan dan dapat diisi sepenuhnya oleh anak-anak muda.
 
2. Mesyuarat merasakan agenda TVET yang dipelopori oleh Presiden UMNO selaku Pengerusi Majlis TVET Negara merupakan satu inisiatif yang berimpak besar yang mampu membantu anak-anak muda yang punya potensi besar dalam pelbagai aspek kemahiran dan vokasional dapat dibela dan diberikan peluang masa depan yang lebih cerah dengan peluang pekerjaan bergaji premium.
 
3. UMNO mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan yang menyahut cadangan UMNO untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi GIG. UMNO akan terus memainkan peranan melalui kepimpinan yang berada dalam anggota pentadbiran untuk memastikan 1.16 juta pekerja Gig dibela dan dilatih melalui pelbagai program TVET ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ melalui Majlis TVET Negara yang juga dipelopori dan dipengerusikan oleh YAB Presiden UMNO.
 
4. UMNO akan menggerakkan sepenuhnya seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan di Piliharaya Kecil N.20 DUN Sungai Bakap. UMNO telah menamakan Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengarah Pilhanraya BN Dun Sungai Bakap, Datuk Musa Sheikh Fadzir selaku Pengarah Operasi dan Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Ketua War Room PRK Sungai Bakap.
 
5. Mesyuarat juga bersetuju Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos 2024.
Sekian.
 
DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
20 JUN 2024

No comments:

Post a Comment