Thursday 6 June 2024

BELI KENDERAAN IKUT KEMAMPUAN KEWANGAN

 
Ada individu menelefon aku merayu-rayu minta tolong bayarkan tunggakan kereta lima bulan. Surat repo sudah keluar, kereta sorok rumah kawan. Dah tak ada transport nak bergerak pi sana pi sini. Terpaksa pi kerja naik pengangkutan awam.
 
Bila tanya kereta apa? Civic apa entah baru pakai dua tahun, Pinjaman sepenuhnya. Aku bukan tau sangat pun model-model kereta.
 
Jadi, aku tak tau nak tolong macam mana sebab kereta aku pun main ikat cable tie. Sudah dua tahun cermin sisi ni lekang, kadang-kadang aku ikat tali rapia. Baru ni bawak anak-anak berjalan lekang pulak.
 
Aku singgah DIY beli cable tie beli gam epoxy dan ikat ketat-ketat. Insya-Allah tak jatuh dah. Lantak la orang nak kata huduh. Aku yang nak bawa aku yang nak menten, bukan depa. Kalau nak beli seketoi yang original boleh tahan harga dia. Pakai dulu la. Bukan kena sita JPJ pun bila ikat cable tie kat situ.
 
Kerja aku pun tak memerlukan aku tayang kereta mahal² dan imej yang mewah². Yang perlu jaga imej perlu menyakinkan pelanggan, jika mampu silakan.
 
Masa nak ganti kereta lama aku yang milage mencecah 400 ribu kilometer dulu, aku ada ja duit nak beli alpad sebijik, hasil kerja keras bertahun tahun. Tapi aku pi beli kereta kak ampa dulu. Dia lagi nak guna kereta sebab dok ulang pergi kerja setiap hari.
 
Jadi aku beli la kereta Jepun yang elok sikit bagi kat dia. Beli pun kereta terpakai secara tunai. Malas nak hutang. Kak ampa isi minyak ja. Cukain jalan dan insuran nanti kita tong tong la sorang sikit.
 
Bila ada duit lebih sebab tak jadi beli alpad, aku beli pula kereta biasa yang besar, muat anak aku 5 orang yang juga dah besar. Beli dengan kiraan muat tujuh beranak, mentenen tak tinggi dan bebas hutang. 2 buah kereta aku bebas hutang.
 
Memang beli semata-mata nak ganti kereta lama yang dah lunyai. Kali pertama bawak kereta ni jumpa kawan-kawan depa ingat aku ustaz Kafa nak pi bagi ceramah kat kampung depa. Depa tanya kitab mana kitab? Tabung Milo bawa tak? Harreeyy betoi!!
 
Kereta lama aku pakai 12 tahun, kereta ni pun mungkin aku pakai sampai lunyai baru pikiaq beli kereta lain. Tu pun kalau panjang umoq.
 
Anak-anak muda. Hidup ni kita kena tahan sikit nafsu. Jangan kerana nak nampak best di mata kawan dan kaum keluarga, kita terpaksa berputih mata di hari tua.
 
Kalau berasa tak mampu dan tak menentu, jangan cuba-cuba. Kalau rasa mampu dan perlu, silakan. Semak dulu kudrat dan keupayaan, congak dulu apa yang bakal berlaku di depan.
 
Untuk kes macam ni, aku tak pernah layan. Pi la sembang dengan bank elok-elok dan cari jalan penyelesaian. Kalau rasa tak boleh pi, bersedialah untuk korbankan mana yang patut, betulkan balik jalan. Moga dipermudahkan.
 
Dari kisah benar di media sosial. 

No comments:

Post a Comment