Monday 20 May 2024

UMNO TEWAS PRU14 DISEBABKAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

 
UMNO/Barisan Nasional (BN) sedar antara punca gabungan parti itu tewas PRU14 pada 9 Mei 2018 disebabkan pengaruh media sosial.
 
Media sosial telah dipergunakan seguna-gunanya oleh lawan sebagai senjata memfitnah dan memburuk-burukkan UMNO/BN..
 
Serangan ke atas UMNO/BN secara dalam talian telah pun bermula seawal ledakan internet di Malaysia. Bermula dengan emel berantai dan kemudian kewujudan SMS menjadi saluran utama menyerang BN saban hari.
 
Sekarang ini semakin banyak saluran atau platform yang menjadi medan menyebarkan pengaruh politik di dalam talian. Ia digunakan bukan sahaja di kalangan ahli politik, tetapi juga melibatkan pempengaruh, asatizah, penganalisa mahupun wargamaya yang bercakap tentang politik.
 
Pada PRU15, pengaruh ustaz selebriti banyak memberi kesan kepada pengundi beralih kepada parti berasaskan agama. Pengundi yakin bahawa apa yang disebarkan oleh ustaz selebriti sebagai betul dan perlu dipercayai.
 
Pengaruh media sosial masih kuat, biarpun rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka. Mereka sudah boleh tahu dan mula berkira-kira antara fakta dan dusta, pembohongan dan kebenaran.
 
Pun begitu, seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN tidak boleh berdiam diri dan berlengah untuk aktif menyebarkan kebaikan UMNO dan mematahkan dakyah memburukkan UMNO.
 
Jentera UMNO perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang UMNO/BN. Melaluinya dapat memperkasakan parti itu dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minima.
 

No comments:

Post a Comment