Sunday 14 July 2024

PROJEK ECRL BERI LIMPAHAN EKONOMI KEPADA KELANTAN

 
Kementerian Pengangkutan (MoT) merangka pelan perancangan dalam memastikan impak positif projek memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mula beroperasi kelak.
 
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer adalah projek infrastruktur rel yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.
 
MoT berkata PLANMalaysia melalui Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang dilaksanakan, pula bertujuan memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen, termasuk pembangunan pelaburan Projek Pemacu Ekonomi (EAP).
 
Pelan cadangan terperinci di dalam PeGTaECRL bagi Kelantan melibatkan dua stesen ECRL iaitu stesen Kota Bharu dan Pasir Puteh.
 
Antara cadangan utama bagi Stesen ECRL di Kelantan adalah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang merupakan perbandaran baharu untuk kawasan Ketereh manakala di Pasir Puteh merangkumi cadangan pembangunan hab logistik.
 
Cadangan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok Bali pula akan memperkukuh stesen Pasir Puteh sebagai hab kargo untuk Kelantan dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment