Tuesday 30 July 2024

KAMPUNG KUALA NAL, KUALA KRAI

 
Kampung Kuala Nal terletak di jajahan Kuala Krai. Dinamakan “kuala Nal” kerana kampung tersebut terletak berhampiran kuala Sungai Nal sebelum memasuki Sungai Kelantan. 

Banyak orang keliru tentang kedudukan Kampung Kuala Nal kerana menyangka ia berada dekat Kampung Batu Jong yang mana Sungai Nal melalui kawasana tersebut. Sungai Nal memang terkenal kerana ia melalui laluan utama Machang – Kuala Krai dan pemandu akan menyedari tentang kewujudan Sungai Nal.

Kampung Sungai Nal sebenarnya terletak kira-kira sembilan kilometer (km) dari Jalan Kota Bharu – Kuala Krai. Penngunjung perlu melalui Jalan Kampung Bedal – Kuala Hau sebelum memasuki Jalan Kuala Nal.

Jalan Kuala Nal berakhir di Sungai Nal, menjadi jalan utama di Kampung Kuala Nal. Terdapat cadangan untuk membina jambatan merentangi Sungai Nal dan seterusnya ke Kuala Krai. Pembinaan jambatan dan jalan penghubung akan memendekkan jarak dan masa perjalanan penduduk Kampung Kuala Nal untuk ke bandar Kuala Krai. 

Di Kampung Kuala Nal terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Nal. Selain itu terdapat Klinik Desa Kuala Nal. 

Kawasan tebing penghujung Jalan Kuala Nal dijadikan kawasan rehat dan santai di kalangan penduduk, terutama golongan muda. Terdapat wakaf dan kawasan lapang untuk mereka berkumpul sambil melihat aliran sungai dan pemandangan sekitar yang menyegarkan mata memandang.  

No comments:

Post a Comment