Hubungan
UMNO PAS nampak lebih mesra. Banyak perkara berkaitan kepentingan agama Islam
dan Melayu disepakati bersama, biarpun masih tidak bergabung.
Hubungan
UMNO dan PAS bermasalah disebabkan sikap PAS yang mendakwa UMNO mengamalkan
semangat kebangsaan yang bertentangan dengan tuntutan Islam. Lebih parah lagi
apabila membuat 'fatwa' orang UMNO keluar dari Islam atau tidak diterima
sebagai Islam sebenar.
Contohnya,
pada November 1979, seorang pemimpin PAS, Mustaffa Abu Bakar telah mengeluarkan
“fatwa” di Kampung Keruak, Hulu Besut, Terengganu yang mengatakan “sembahyang
berimamkan orang Barisan Nasional (BN) tidak sah, sembelihan orang BN tidak
boleh dimakan dan nikah yang dilakukan oleh jurunikah kerajaan tidak sah, kalau
bersetubuh hukumnya zina dan kalau dapat anak, anak itu haram”.
PAS
tidak pernah mempersoalkan kesahihan atau menafikan “fatwa” tersebut yang
digunapakai oleh PAS hingga ke hari ini. Adakah “fatwa” ini Islamik?
Pada
Ogos 1963, Dewan Ulama PAS telah mengeluarkan bahawa “orang-orang Islam yang
berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau
haram…” dan “sesiapa yang mengundi di atas parti-parti yang berkongsi itu
menjadi haram, jika reda menjadi kafir, tetapi jika tidak reda menjadi haram sahaja.
Fatwa
ini telah digunakan dengan seluas-luasnya oleh PAS sehinggalah Pilihan Raya
Umum (PRU) 1974 apabila PAS menjadi keluarga BN.
Apabila
PAS meninggalkan BN menjelang PRU 1978, sekali lagi “fatwa” tersebut digunakan
secara berleluasa tanpa mengambil kira kesan serta implikasinya terhadap
kesejahteraan umat Islam di Malaysia.
PAS
tidak pernah menafikan “fatwa” tersebut. Bagaimanapun, menjelang PRU 1990,
“fatwa” tersebut seolah-olah diketepikan oleh PAS.
Berita
Harian 25 Mei 1990 melaporkan Nik Aziz berkata bahawa PAS memerlukan bantuan
DAP dalam usahanya memenangi PRU akan datang (1990).
Untuk itu, PAS akan
berusaha menjelaskan konsep Negara Islam kepada DAP demi mengelakkan sebarang
keraguan rakyat bukan Islam mengenai konsep tersebut.
Kenyataan
ini melanggar “fatwa” PAS yang melarang kerjasama dengan bukan Islam.
Mengapakah PAS tidak berani berkata tindakan Nik Aziz itu “jika reda menjadi
kafir, tetapi jika tidak reda menjadi haram”?
Mengapakah
Parti Semangat 46 (rakan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah) bekerjasama dengan
DAP hukumnya halal sementara UMNO bekerjasama dengan pihak bukan Islam
dikatakan haram?
Kalau dulu PAS sanggup menggunakan fatwa ini untuk mengkafirkan dan mengharamkan UMNO dan BN maka kali ini PAS tidak berpaling ke belakang lagi dengan mengambil DAP sebagai rakan sekutu subahatnya dalam menuju ke arah cita-cita politik peribadinya.
Kalau dulu PAS sanggup menggunakan fatwa ini untuk mengkafirkan dan mengharamkan UMNO dan BN maka kali ini PAS tidak berpaling ke belakang lagi dengan mengambil DAP sebagai rakan sekutu subahatnya dalam menuju ke arah cita-cita politik peribadinya.
Bahkan,
PRU 12 dan 13 menyaksikan calon bukan Islam dibenarkan bertanding atas tiket
PAS dan dibenar menggunakan logo dan bendera parti itu.
Orang
UMNO dan PAS adalah ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak ada kepercayaan atau ibadat
orang UMNO yang berbeza atau bertentangan dengan ajaran Sunnah. Orang PAS pun
demikian.
Tokoh-tokoh agama UMNO tidak kurang terpelajar dalam agama Islam
daripada tokoh-tokoh agama dan tok-tok guru PAS. Kepercayaan dan ibadat orang UMNO dan orang PAS adalah
sama.
Tetapi
PAS tidak mengakui keislaman orang UMNO sehingga sanggup menolak imam yang
bukan daripada PAS, sanggup memisahkan jemaah di dalam satu kariah, sanggup
mengasingkan kubur dan berbagai-bagai lagi amalan yang menidakkan persaudaraan
dalam Islam.
Amat
malang kerana politik PAS, orang Melayu/Islam yang bersatu padu dan bersaudara,
yang semuanya ahli Sunnah Wal Jamaah telah dipecah dan diasingkan. PAS menolak
perpaduan dan persaudaraan kerana kepentingan politik. Tindakan ini sedikitpun
tidak berasaskan kepada Islam.
Nik
Aziz pada PRK DUN Kuala Besut mengatakan sembahnyang orang UMNO tidak
diterima. Fatwa ini sebenarnya difahami oleh penyokong Pas yang
berpendidikan agama bahawa ia sekadar 'fatwa politik'.
Manakala
cakap-cakap nakal pula mengatakan sembahyang UMNO yang tidak diterima adalah
merujuk kepada orang UMNO bukan beragama Islam yang berada di Sabah. Itulah
dikatakan fatwa politik.
Semoga perkembangan terkini hubungan lebih mesra UMNO PAS
dapat diterus demi agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment