Manakala kajian pakar perubatan di
Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat
penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi,
lumpuh, kencing manis dan barah. Ia baik untuk membaiki perjalanan darah.
Di negara kita terdapat tidak kurang
daripada 48 buah kolam air panas yang telah dikenal pasti dan menjadi tumpuan
ramai. Kebanyakan kolam air panas semula jadi telah dibangunkan untuk tujuan
tempat tumpuan riadah dan istirahat.
Antara kolam air panas yang telah
dibangunkan untuk tujuan tersebut ialah Kolam Air Panas La di Besut,
Terengganu. Ia kini menjadi salah satu tempat tumpuan orang ramai untuk
isterahat, berubat maupun alasan untuk melihat sesuatu yang jarang terdapat di
tempat lain.
Air Panas La terletak kira-kira 38
kilometer dari pekan Jertih, Terengganu. Untuk sampai ke kolam itu, pengunjung perlu melalui jalan kawasan ladang
kelapa sawit sejauh kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.
Seperti juga kolam air panas semula
jadi di tempat lain, punca Air Panas La merupakan mata air semula jadi yang
terbentuk oleh aktiviti gunung berapi yang kurang aktif jauh di dalam perut
bumi.
Di dalam perut bumi kandungannya
adalah cecair panas atau wap. Wap panas akan melalui rekahan gunung berapi
untuk ke permukaan bumi. Sepanjang pergerakan naik itu wap panas akan
kehilangan sebahagian habanya.
Wap panas itu mengembang apabila
sampai berhampiran permukaan bumi dan kemudian bertukar menjadi cecari dan
seterusnya membentuk mata air yang panas. Air yang keluar itu seperti air
sedang gelegak melimpah keluar dari tempat memanas. Air panas yang keluar
sedikit berbau belerang atau sulfur.
Di Air Panas La, dua tingkat
empangan kecil dibuat untuk menangkung air panas yang keluar bagi memudahkan
orang ramai memanfaatkannya. Ramai pengunjung duduk di tebing bagi merasai
kehangatan air dengan merendamkan kaki atau tangan.
Bagi pengunjung yang tahan
kepanasan, mereka memasuki terus dalam empangan itu dan merendam keseluruhan
badan kecuali bahagian kepala. Rasa amat panas biasanya hanya dirasai pada
mula-mula sahaja dan selepas itu rasa panas berkurangan.
Selain itu terdapat kolam khas yang
dibina berasingan untuk kegunaan lelaki dan perempuan.
Air panas yang melimpah dari
empangan dialirkan ke sebuah anak sungai berdekatan dengannya. Sungai itu
menjadi tempat kanak-kanak mandi manda sambil merasai sedikit air panas yang
mengalir memasukinya.
Selain itu, di Air Panas La juga
mempunyai kemudahan chalet, surau, tandas awam, gerai makan, bilik persalinan,
tempat letak kereta dan tapak perkehmahan.
Kemasyhuran Air Panas La pernah
menarik perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad ke situ ketika masih memegang jawatan
Perdana Menteri. Tun Abdullah
Badawi juga pernah mengunjunginya.
No comments:
Post a Comment