Thursday, 22 February 2018

FAHAM ERTI JIHAD SEBENAR

Tanggapan salah terhadap konsep jihad sebenar menjadi antara punca utama kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam, Kekeliruan ini merebak akibat penyalahgunaan dan tafsiran pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Manusia perlu digesa agar mengelak diri dripada terseret ke dalam pengertian jihad sempit yang tidak memberi kebaikan kepada agama, keturunan dan negara. 

Ajaran sesat ini makin mencabar keselamatan dunia termasuk Malaysia. Akibat melaksanakan jihad menurut kefahaman sempit ini hanya menjejaskan kemajuan dan kekuatan umat Islam sendiri.

Dalam kitab Mujamu Alfazi al-Qurani al-Karim menerangkan maksud jihad iaitu "Dan kebanyakan perkataan jihad yang ada dalam al-Quran adalah dikehendaki dengannya mencurah segala tenaga dalam usaha menyebarkan dakwah Islam serta mempertahankannya".

Perkataan jihad bukan hanya merujuk kepada berperang. Konsep jihad amat luas sehingga apa sahaja yang dilakukan secara bersungguh-sungguh demi kebaikan adalah sebahagian maksud jihad. Sebab itu, mencari rezeki juga satu jihda.

Perintah berperang atau mengangkat senjata hendaklah dilakukan apabila keadaan tertentu berlaku. Keputusan untuk berperang diambil oleh pemerintah dalam melakukan usaha untuk memerangi atau menghalang sesuatu yang buruk apabila ada pihak mencabar kebebasan akidah, dakwah atau ditindas dan dihalau.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan dan keamanan. Islam mengajar jihad perang berlawan dan membunuh dalam sejarahnya yang panjang bukan kerana memaksa seseorang menganut Islam tetapi sebenarnya hanya untuk menjamin tiga matlamat di atas, jauh sekali untuk menyeksa atau mengganas sehingga berlaku kekacauan dan menyusahkan. 

Kegiatan ekstrim dilakukan di kalangan kelompok mengaku berjihad adalah tidak tepat. Mereka melakukan dusta terhadap ajaran Islam. Mereka membunuh sesama Islam dan bukan Islam secara tidak hak.

Kegiatan ekstrim yang dilakukan bukan menguatkan Islam, bahkan sebaliknya. Imej Islam tercalar apabila dilebalkan sebagai pengganas.

Masyarakat dunia memandang prejudis terhadap umat Islam, terutama di negara majoriti penduduknya bukan Islam. Orang Islam di negara berkenaan dipulau dan dilayan dengan tidak adil.

Orang Islam perlu berjihad menyatukan umat Islam. Perkuatkan kedudukan ekonomi, sosial dan pendidikan. Negara yang kuat tidak akan menjadi mangsa kepada negara lain.

No comments:

Post a Comment