Friday, 29 June 2018

KHASIAT BUAH BIDARA KERING


Buah bidara yang terdapat di pasaran biasanya dalam bentuk segar. Rasa bidara enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau.

Namun ada juga bidara dalam bentuk yang telah dikeringkan. Buah bidara kering juga dikenali kurma merah di kalangan penduduk Kelantan (mungkin juga di tempat lain) atau kurma cina.  

Dipercayai buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa amal makan secara berterusan. 

Ianya berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukan kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal. Buah bidara juga adalah sumber terbaik karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak. 

Buah bidara kering boleh dimakan terus atau direbus dengan campuran beberapa bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk, kundur, biji lotus dan sebagainya untuk dijadikan laici kang. 

Kalau tanpa campuran bahan lain pun sudah memadai buah bidara kering sahaja. Ia amat baik untuk menyejukkan badan.

Buah bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan. Buah bidara juga boleh dibuat makanan bertepung, mentega atau pes seperti cheese dan digunakan sebagai perasa. 

Ianya juga digunakan untuk membuat gula-gula dan jeruk.

2 comments:

  1. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete