Friday, 13 August 2021

JUS KUNYIT ASLI

Kunyit mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan kita. Jadi, memang elok diamalkan makan kunyit. 

Namun, jika diminum atau dimakan secara mentah, rasanya kurang enak.

Jadi, bagi membolehkan ia diminum, kunyit perlu diadun bersama bahan-bahan lain bagi menghasilkan jus kunyit.

Boleh sahaja dicampurkan dengan jus buah, asam jawa dan sebagainya. Ada juga yang mencampurkan dengan sedikit madu.

Ia sebenarnya sering diamalkan oleh wanita dari tanah Jawa untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran termasuk merampingkan badan. Apa kata anda cuba jamu ini untuk melihat sendiri keberkesanannya.

Jus kunyit asli sebagai alternatif utama penjagaan kesihatan secara alami. Berkesan untuk melancarkan peredaran darah supaya anda lebih bertenaga sepanjang masa tanpa lemah dan lesu badan.

Juga membantu memulihkan kitaran haid perempuan, dan sangat berkesan sebagai detox dan agen anti-kanser serta mampu mencegah penyakit Alzheimer.

Sesuai untuk diminum oleh lelaki dan perempuan. Boleh diambil bila-bila masa. 

No comments:

Post a Comment