Malah
ada pihak menganjurkan pesta arak yang menawarkan hidangan arak dengan harga
istimewa. Ia diadakan secara besar-besaran.
Hakikatnya,
minum arak membayakan kesihatan. Jadi, mengapa ada pesta untuk atau menyebabkan
bahaya kepada rakyat?
Gembira
diharapkan bertukar menjadi duka. Sedangkan pada masa sama minum arak
menyebabkan lebih banyak masalah timbul.
Kerajaan
memang tidak boleh melarang bukan Islam minum arak. Itu sebahagian hak asasi.
Tetapi,
kerajaan ada hak melarang atau tidak meluluskan program yang dirasakan boleh
mendatangkan keburukan jika dibuat dalam bentuk pesta atau skala besar.
Arak
diharamkan di dalam Islam kerana banyak memberi keburukan dari segi fizikal,
rohani, ekonomi dan masyarakat. Oleh sebab itu, meminum arak juga dianggap satu
amalan tidak baik oleh penganut agama lain serta pakar psikologi dan
sosialogi.
Ini
telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada dari segi sains,
psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah
jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara
lain berpunca dari gejala arak.
Meminum
arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum,
keluarga dan masyarakat.
Pada
dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan
dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka
pendek dan jangka panjang.
Kesan
jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan
seseorang itu kurang daya kawalan diri seperti tidak boleh berjalan dengan betul
dan tidak boleh membuka pintu.
Dalam
masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan 'hangover'. Hangover lazimnya
disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas
ketagih alkohol.
Namun,
malang sekali perkara itu dipandang mudah sehingga minuman keras menjadi
kebiasaan muda-mudi, meneguknya di mana-mana tanpa malu dan segan lagi, halal
dan haram dipandang sepi, asalkan nikmat sementara dirasa sesekali.
No comments:
Post a Comment