Thursday 26 August 2021

MADRASAH TAHFIZ RAUDHAH AL-MALIK

Alhamdulillah, semakin banyak pihak yang memberi perhatian membina dan mengendalikan pusat pengajian tahfiz al-quran dan agama.

Antara yang tampil melaksanakan amanah besar itu ialah sekumpulan individu yang menubuhkan Madrasah Tahfiz Raudhah Al-Malik (Pusat tahfiz Al-Quran dan Pengajian Pondok).

Madrasah tersebut dibina di kawasan seluas 5 ekar yang diwakaf oleh seorang dermawan. Lokasi tapak madrasah ialah Lot 1273, Bukit Tuku, 17070 Pasir Mas, Kelantan.

Keperluan kewangan sekarang ialah untuk menyiapkan bangunan pentadbiran dan tempat belajar.

Selain itu dibina juga bangunan penginapan pelajar serta sebuah masjid, selain beberapa kemudahan asas.

Kepada dermawan dipelawa untuk menyumbang menyiapkan pembinaan madrasah tersebut.

Kepada yang ingin menyumbang, boleh membuat pindahan tunai kepada akaun RHB Bank nombor 25305200012253 atas nama Pusat Tahfiz Raudhah Al-Malik.

Atau boleh juga menyumbang melalui akaun Maybank 553010621043.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Hashim Shikh Ab Kadir (Pengerusi) di nombor 019-3165161 atau nombor individu seperti tertera di gambar.


No comments:

Post a Comment