Wednesday, 14 February 2018

BOMBA POTONG CINCIN ZAKAR

Lelaki berusaha memuaskan nafsu seks wanita. Kalau dilakukan untuk isteri, rasanya berbaloi. Namun, yang difikirkan untukdipuaskan nafsu itu adalah bukan isteri. Lebih tepat, perbuatan zina yang ditegah oleh Islam.

Banya cara dilakukan lelaki demi memuaskan pasangan wanita. Selain menggunakan ubatan tenaga lelaki, ada yang menggunakan cincin yang dipakaikan pada bahagian kemaluan untuk lebih tegang dan tahan lama.

Terdapat pelbagai jenis cincin. Yang diperakui pakar sakit tuan adalah jenis getah atau lembut. Inipun ada beberapa jenis, termasuk yang memberi kuasa getaran. Jenis getah atau silikon memang selamat digunakan.

Namun, apa yang sering menggemparkan berita lelaki memakai cicin di kemaluan yang perlu menggunakan khidmat bomba untuk memotongnya apabila gagal untuk ditanggalkan secara biasa.

Pelbagai jenis cincin digunakan termasuk jenis besi, logam dan aluminium menyebabkan pihak bomba mengalami kesukaran untuk memotong cincin berkenaan.

Teknik pemotongan menjadi lebih sukar apabila cincin yang tebal dan keras itu disarungkan pada kemaluan lelaki berikutan keadaan struktur zakar itu tidak bertulang berbanding jari di tangan.

Rata-rata mangsa mementingkan keseronokan diri sendiri tanpa memikirkan kesakitan yang bakal ditimpa khususnya ketika kerja-kerja pemotongan cincin itu dilakukan di mana mereka perlu menahan kesakitan berjam-jam.

Lelaki tidak perlu melakukan sesuatu yang ekstrem untuk memuaskan wanita. Cukuplah dengan kemampuan semulajadi yang dimiliki.

Untuk menjaga kesihatan seksual, amalkan kehidupan sihat dan mengelak melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan tenaga lelaki lemah.

Amalkan senaman khas yang biasa diamalkan oleh generasi terdahulu dalam menjaga kesihatan batin. Cara itu lebih berkesan dan selamat.  

No comments:

Post a Comment